2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor rusuhan kaum dan kepentingan perpaduan kaum bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Ini disebabkan oleh perpaduan kaum merupakan faktor yang amat penting untuk mengekalkan keamanan and keharmonian sesebuah negara. Perpaduan kaum juga dapat mendorong negara menuju ke arah kecemerlangan.
Seterusnya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan-kesan rusuhan kaum dalam kalangan generasi muda. Ini dapat menghalang dari berulangnya peristiwa rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 dan pemberontakan hamba oleh Nat Turner pada 1831. Peningkatan kesedaran tersebut juga membantu dalam mengatasi masalah pergaulan antara kaum.Akhir sekali, untuk mengenal pasti polisi dan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah rusuhan kaum. Polisi yang diambil oleh kerajaan berperanan penting kerana jika polisi tersebut tidak efektif, negara akan mengalami keruntuhan dan ia akan mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa.
Comments
Post a Comment