1.0 PENGENALAN
Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" yang merupakan satu sejarah negara Malaysia. Peristiwa 13 Mei adalah mercu tanda kegagalan hubungan komunal negara ini. Banyak faktor mengapa terjadinya 13 Mei 1969, antara faktor yang memicu tragedi ini ialah berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum(PRU) pada 10 Mei 1969. Parti-parti pembangkang bernuansa perjuangan kaum Cina telah menang besar di kawasan-kawasan Kuala Lumpur. Saat itu kerusi -kerusi kontitusi di Kuala Lumpur berada dalam DUN Selangor. Penyokong-penyokong p...