5.0 KESAN TRAGEDI 13 MEI
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa yang mungkin rakyat Malaysia tidak akan lupakan kerana ia adalah satu tragedi yang telah memberi titik hitam kepada sejarah keamanan Malaysia di mana berlaku rusuhan antara dua kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu dan Cina yang juga telah mengakibatkan pertumpahan darah. Peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap sistem pentadbiran negara dimana selepas kejadian tragis ini, Akta Hasutan pada tahun 1948 telah pun disemak pada tahun 1969 dan kemudian dipinda pada tahun 1970. Hal ini demikian berlaku kerana tidak mahu perkara ini berulang kembali serta mengekalkan semula keamanan Malaysia yang dulunya masyarakat hidup saling bantu-membantu dan harmoni.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Parlimen meminda Akta Hasutandengan menambah subseksyen (f) kepada seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948. Subseksyen ini menyatakan larangan mana-mana pihak untuk menghasut mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan atau kedaulatan perkara-perkara teras dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, masih terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang mahu Akta Hasutan ini dimansuhkan kerana mereka tidak mempunyai kebebasan bersuaraserta bertindak. Di samping, Malaysia akan menjadi huru-hara sekiranya terlalu ramai yang inginmenyampaikan pendapat. Menurut kata Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, seorang peguamyang pernah berkhidmat sebagai Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Persekutuandan Pembantu Penderaf Undang-Undang di Parlimen, khidmat yang dicurahkan beliau semasatempoh beliau menjadi Penasihat Persekutuan dan Pegawai Undang-Undang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa tempoh darurat 1969. Beliau mengatakan bahawa pada tahun 1969 sehingga 1970, terdapat banyak permintaan daripada pelbagai bangsa supaya pindaanPerlembagaan dibuat. Maka, beberapa kajian dan usaha dijalankan bagi memastikan orang-orang awam boleh disekat daripada melakukan tindakan demi tindakan yang bolehmencetuskan permusuhan antara bangsa.2 Sepanjang 1970 hingga 1971, menurut Tan Sri Abd Aziz, topik utama yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin utama ialah 'cara bagaimanauntuk menyelesaikan masalah permusuhan sesama kaum'. Hal ini jelas menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak seharusnya dimansuhkan namun perlu terus dilaksanakan supaya keharmonian dan keamanan Malaysia kekal selamanya.
Comments
Post a Comment