PENGAJARAN DARI TRAGEDI 13 MEI
1.Kehilangan nyawa dan harta benda
Peristiwa 13 Mei 1969 in sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah ke pada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang bear malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkorban akibat kejadian seperti in yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969.
2.Perintah berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.Kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara Ketika itu.Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan persekitaran dan pergaulan vang kurang harmoni antarakaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menialankan perniagaan,susah berinteraksi dan saling berhubungan.
3.Keuntungan kepada musuh-musuh negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa in ialah keadaan Negara vang menjadi tidak aman,huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu-isu yang sensitif terutama is perkauman antara kaum dan segala aktiviti masyarakat tersekat.
Comments
Post a Comment